REFLEKSI


  • MINGGU 1
Pada minggu ini, kami diarahkan untuk mencari bahan Bahasa Melayu melalui Enjin Pencari seperti Google,Yahoo dan sebagainya. Dalam enjin pencari internet ini, terdapat dua untuk menyimpan bahan iaitu fail alamat internet dan katalog internet. Dalam fail menyimpan bahan itu, terdapat teks, video, imej dan audio yang sudah dimuat turunkan melalui google untuk dijadikan bahan rujukan.

  • MINGGU 2
Pada minggu yang kedua ini, kami diminta untuk mengumpul bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui Dokumen Standard Tahun 1,2, 3 dan 4. Berdasarkan dokumen standard itu kami diarah untuk menyalin objektif setiap kemahiran. Kami menyediakan tiga kemahiran berbahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. 

  • MINGGU 3
Dalam minggu ini, kami diarahkan untuk membuat Aplikasi Garis Panduan menggunakan brosur dan membuat Etika Penggunaan Internet menggunakan microsoft power point. Setelah membuat dan menghasilkan kedua-dua bahan ini, kami memuat turun ke dalam blog masing-masing untuk dijadikan bahan rujukan dan perkongsian bersama.

  • MINGGU 4
Minggu ini, kami diarahkan untuk mengedit semula video yang telah disediakan oleh pensyarah kami. menggunakan wondershare untuk memasukkan lirik lagu. 


  • MINGGU 5
Pada minggu ini, kami diarahkan untuk membina tapak, laman web pembelajaran dan tutorial pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Saya memilih tahun 1 bahasa Melayu untuk tapak pengajaran dan pembelajaran saya.




1 ulasan: